Back To Halal News

Apr 02, 2026 6PM

Sin Sing Coffee buat laporan polis, nafi guna berus bulu babi

Sebuah syarikat pemprosesan produk kopi tampil menafikan dakwaan bahawa ia menggunakan berus bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan, susulan penularan nama syarikat itu yang dikaitkan dengan ketidakpatuhan terhadap standard Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

Sin Sing Coffee dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa maklumat yang tular itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak syarikat.

 

“Syarikat kami hanya menumpukan kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan sebarang produk biskut.

 

“Maklumat dan gambar yang tular adalah tidak berkaitan dengan syarikat dan bukan merupakan persekitaran atau peralatan pengeluaran kami,” katanya.

 

Susulan itu, Sin Sing Coffee memfailkan laporan polis selain aduan rasmi turut dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat tidak sahih.


Sing Sing Coffee membuat laporan polis susulan kenyataan tular mendakwa syarikat terbabit menggunakan berus bulu babi dalam pemprosesan produk di kilang


Syarikat itu turut menegaskan pihaknya sentiasa mematuhi piawaian serta keperluan pensijilan Halal Malaysia dalam setiap operasi yang dijalankan.

 

“Merujuk kepada kenyataan tular di media sosial, pihak syarikat ingin memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat dan aduan rasmi turut dikemukakan kepada MCMC,” katanya.


“Semua operasi kami dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berautoriti, dan tahap pematuhan ini sentiasa dipantau secara berterusan

 

Sin Sing Coffee juga menegaskan pihaknya sentiasa mematuhi piawaian serta keperluan pensijilan halal Malaysia dalam setiap operasi yang dijalankan.


Menurutnya, status pensijilan halal syarikat kekal sah dan terus diiktiraf.


“Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Halal Malaysia,” katanya.

 

Semalam, media melaporkan sijil halal yang diperoleh sebuah kilang memproses kopi dan biskut di Melaka yang dipercayai menggunakan berus bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan telah ditarik semula.

 

Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan halal oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Januari lalu, yang mendapati pekerja kilang berkenaan menggunakan berus diperbuat daripada bulu haiwan untuk membersihkan peralatan.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Md Azhan Samat berkata, kilang terbabit merupakan pemegang SPHM yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah beroperasi lebih sedekad.

 

Sin Sing Coffee memaklumkan syarikatnya telah beroperasi lebih 67 tahun dan kekal komited menghasilkan produk berkualiti di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar tidak mempercayai maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham.

 

“Syarikat menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan daripada pelanggan,” menurut kenyataan itu.

 

Sementara itu, tinjauan Kinihalal di Portal Halal Malaysia mendapatil sijil halal bagi dua syarikat pemprosesan kopi dan biskut di Melaka telah ditarik balik.

 




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

03 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:54

mosque
imsak

Imsak

05:54:00

fajr

Fajr

06:04:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:23:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase